‘Ini report saya, siapa berani cabar saya, jumpa di mahkamah k’ – Ramadhan Sinclair

Loading...

 

SEPANG, SELANGOR – Susulan viral gambar dan video tiga lelaki yang didakwa membuat onar di sebuah premis penginapan di Osaka, Jepun, salah seorang dari mereka tampil menafikan dakwaan itu sebaik saja tiba di KLIA 2, malam tadi.

Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis KLIA 2, Ramadhan Sinclair, 18, warganegara Thailand, mengatakan kejadian itu berlaku pada 16 Ogos jam 9.30 malam di Osaka, Jepun, di Hotel Vitti Lodge.

“Telah berlaku pertengkaran di mana saya telah bergaduh dengan salah seorang staff di hotel tersebut yang merupakan seorang warganegara Malaysia, bernama Qaiyum.

“Kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati di mana staff hotel tersebut telah memperlekehkan saya dan telah mengarahkan saya seperti budak-budak.

“Selepas berlaku pertengkaran tersebut, kami telah berbaiki semula dan berdamai. Namun semalam lebih kurang jam 10.30 malam setibanya saya di KLIA 2, saya mendapati video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan saya di hotel tersebut telah diviralkan di dalam page Road To Jepun,

“Saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan di dalam Facebook, WhatsApp dan Instagram serta e-mel saya. Saya berasa tertekan dan takut,” katanya dalam laporan tersebut yang diturut digunakan untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Dalam kenyataan Ramadhan di Facebook juga menafikan najis yang dibuang dalam lubang bilik mandi itu bukan miliknya.

“Ada ujian klinikal ke? DNA test? Apesal engkorang cakap taik ni taik aku? Siapa yang sahkan?” katanya.

Ramadhan yang bekerja sebagai jurufoto itu juga menyatakan pihak hotel tidak menceritakan perkara sebenar menyebabkan dia dan dua rakannya menjadi mangsa viral.

Sehingga kini, Ramadhan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu di Facebooknya. Namun, Facebooknya diserang netizen tanpa henti kerana berang dengan tindakannya yang telah mencemarkan imej Malaysia di Jepun.

Selain itu, netizen turut mendesak Ramadhan dan dua lagi rakannya meminta maaf di atas perbuatan mereka yang dianggap tidak bertamadun itu dan membayar ganti rugi terhadap kerosakan yang dialami oleh pemilik premis penginapan berkenaan.

“Minta maaf saja, berhenti mencari 1,001 alasan untuk mempertahankan diri sedangkan dalam video sudah jelas menunjukkan siapa yang bersalah dan siapa yang sampai tangan dulu,” kata netizen.

sumber: TR

Artikel Sebelumnya dibawah :

3 pelancong Malaysia pecahkan dinding, serang staff dan berak dalam shower room penginapan di Osaka

OSAKA, JEPUN – Viral gambar dan video tiga lelaki yang dikatakan membuat onar ketika melancong di Jepun sehingga menyerang  seorang kakitangan (rakyat Malaysia), merosakkan dan mengotorkan sebuah premis penginapan yang disewa mencetuskan rasa tidak puas hati pemiliknya.

Berdasarkan sumber, kejadian berlaku pada 17 Ogos 2017, Khamis, di Vitti Lodge di mana tiga individu berkenaan telah melakukan kerosakan pada dinding premis, membuang air besar di bilik mandi, merosakkan dinding dapur premis, menyerang kakitangan, dan melakukan penipuan terhadap tiket kapal terbang.

“Budak samseng Malaysia bawah umur 20 tahun melancong ke Jepun dengan budaya samseng. Sudahlah tertinggal kapal terbang, dapat duduk lodge secara percuma lagi. Dan pelajar Malaysia yang berbaju biru itu walaupun sudah diperlakukan sebegitu rupa, masih sanggup menolong membayar harga kerosakkan dinding yang dipecahkan oleh samseng kedua dalam video ini. Harga ganti rugi ialah 100,000 yen!

“Dan yang paling kemuncak ialah, salah seorang dari tiga samseng ini meninggalkan lodge ini pagi tadi dengan meninggalkan tahi beliau di shower room!



“Kamu nak kata saya nak malukan mereka ini, katalah. Penat orang-orang lama dan kami menjaga nama baik Malaysia sehingga rakyat Malaysia dapat on arrival visa beberapa tahun lepas.

“Jika pengurusan lodge di Jepun ini menviralkan perkara ini di Jepun, wallahualam. Habislah nama baik kita yang telah dijaga selama ini. Sungguh menghampakan!,” tulis individu bernama Kamarul Ilmar Rosli.

Difahamkan, pemilik lodge, Ema Vitti, telah memuat naik gambar Facebook dan video rakaman tiga suspek berkenaan dan meminta waris mereka tampil untukm membuat tuntutan ganti rugi.

Ketiga-tiga suspek juga dikatakan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai semalam dan dijangkakan telah tiba di KLIA 2 jam 12 tengah malam tadi.

Pihak pemilik premis juga telah membuat laporan kepada pihak polis di Jepun dan pihak media juga sudah dimaklumkan

sumber: TR

Loading...