in WANITA Setiap Bulan Bagi RM200 Tapi Mertua Minta Lagi RM200. 1 Hari Dia Ajak Jalan² Dan Tiba² Dia Drive Ke Hutan. Rupa²nya…

Setiap Bulan Bagi RM200 Tapi Mertua Minta Lagi RM200. 1 Hari Dia Ajak Jalan² Dan Tiba² Dia Drive Ke Hutan. Rupa²nya… | Khalifah Mail Online – Mula2 ikhlas bagi rm200 kat mak mertua setiap bulan. Lepas tu dia minta lagi rm200. So dah rm400. Tapi sabar je sehingga la satu hari dia ajak jalan-jalan. Dia nak drive. Tengah drive pastu di masuk ke dalam hutan. Dan tak sangkap rupa-rupanya… Boleh baca selanjutnya di bawah. Subhanallah.
MAK MINTA TAMBAHAN RM200
Nama aku Fatin. Dari mula kahwin kami tinggal di KL. Suami saya seorang askar. Tinggal di quaters. Duit untuk mak dia memang dah siap potong dari gaji begitu juga potongan untuk isteri. Sebab bila mereka operasi, tiada masalah nafkah mak dan isteri terabai. Ceritanya sejak kahwin, walaupun rm200 suami potong dari gaji automatik untuk mak dia. mak dia akan mintak lagi rm200 pada 25 hb (hari kebiasaan gaji) cuma bonus memang dia tak mintak.

Loading...

Saya suri rumah. Jaga anak sendiri sejak berhenti kerja. Tiap 25 dia akan call saya ataupun suami nak tunggu bank inn rm200 tu masuk kalau tak dia tak nak balik dari bandar. Memang awalnya saya geram. Yelah kadang tak sempat nak keluar 25 hb. Sejak ada cimb click..makin tak ada alasan lah nak bank in.
SUAMI MASIH BERSABAR DAN POSITIF
Suami diam je bila saya cakap kan dah buat potongan rm200 kenapa minta lagi rm200. Suami cakap lihat rezeki kita. Tak pernah beras habis sebelum gaji. Makan ayam sampai muak tak tau nak makan apa. Jangan mengeluh. SSaya diam sebab memang betol. Potongan saya pun saya pakai makan ke holiday ke dengan suami dan anak. Gaji dia untuk bayar kereta, lauk dan belanja kerja. Kelengkapan anak sentiasa cukup. (bil api air masuk slip gaji bayar).
MAK BUAT “KEJUTAN”
Anak kami dua orang semakin besar. Umur perkahwinan dah masuk 12 tahun. Tahun lepas kami balik Sarawak. Balik je, mak ajak jalan2. Dia yang drive kereta. Saya dah pakai bedak baju lawa minyak wangi. Sekali dia drive sampai hutan. Dia bagi surat. “Nah ini dia harta korang.” tengok nama kedua anak kami dalam surat tanah tu. Besar luas tanah tu. “Duit dari mana mak beli tanah ni?” suami tanya. ” la.. Tiap bulan mak mintak..rm200 kamu bagi rm400. (rupanya dia tak tau ada rm200 tu potongan automatik). Mak dah kumpul kat asb.

Sebab nya mak tau lepas kahwin, anak aku ni memang tak pandai menyimpan. Kalau dia bagi isteri dia simpan, akan ada syaitan hasut suruh ambik. Ada je kesusahan datang dah ambik simpanan. Kalau mak mintak dan simpan. Syaitan pun takut nak mintak.” Saya terkedu. Terasa ada dosa sebab ada perasaan sedikit menyampah masa bank in suatu ketika dulu. Suami tanya lagi.

Kenapa tak letak nama saya ke nama isteri dalam geran?” Tau mak mertua jawab apa.” Andainya kamu mati. Ni la harta anak kamu. Adik beradik suku sakat bau bacang semua tak boleh usik. Mak dah tua. Tak tau bila masa boleh mati. Ikutnya adik beradik tamak. Bini kamu dapat apa? Akan di tuntut hak konon. Masa tu kami diam je tak tau kata apa.
MAK NAK UP RM100 LAGI HUHU
Sekali dia cakap. “Mulai bulan depan. Mak nak up lagi seratus. Mak nak tanah ni di jadikan ladang sawit. Tak lama lagi kamu pencen. Mak nak anak mak ada masa depan. Orang pencen biasanya terbuta dengan duit. Bila nama tanah ni nama anak kamu maka korang akan berfikir 10 kali andai nak bercerai. Mak tambah dengan sawit nanti lagi la tak buta warna nak buat kesalahan. ” Lagi kami terdiam. Jauh betol pemikiran mak.


SYUKUR ADA MAK MERTUA MACAM NI
Terharu sebab dalam diam di usaha untuk bahagiakan kami laki bini. Selama ini sesen duit anak dia, dia tak sentuh. Sebab bapak mertua bagi secukupnya duit untuk mak. Mampukah aku kelak jadi mak mertua sehebat dia. Tak pernah bising walau menantu bangun kol 8. Sebab dia kata. Biarlah dia tido puas. Kat kl dia dah bangun awal urus anak dia nak turun kerja..cucu nak ke sekolah.

Orang kata pelajaran di rumah bermulanya kehidupan. Betol. Sebab masa saya pantang atau demam. Segala hal di rumah di uruskan suami lagi baik dari saya. Masak punyalah sedap sebab menipu la kalau askar tak reti masak. Ingat kat hutan ada orang nak masak? Sapu mop memang bersih. Kat kem pun bukan tak buat. Sampai rumah co pun depa bersihkan tau. Semoga kita dapat menjadi mertua yang baik seperti beliau kelak. Aku dan kamu bakal jdi mertua. Bersamalah kita mencorakkan hidup memakai pangkat kelak.

Sumber:- KRT via KM

Loading...